Saturday, January 30, 2016

Beza antara bintang,satelit dan kapal terbang

Tajuk pun dah buat orang gelak kan? K!. Gelak la puas-puas.

Ok lah, aku mengaku, aku tak boleh nak bezakan semua benda tu. =_= . Meh sini aku bercerita semperna birthday aku kali ni kan. Ditambah pulak xda org wish n ofcourse lah tak ada orang ingat kan? Dan ditambah-tambah lagi, aku yang sentiasa kesepian ni kan? Mana ada orang nak dengar bila aku bercerita. Minta simpati ka minta penampar ni? Haha

Lagi satu, aku sebenarnya tak ingat umur aku dah berapa tahun ni...hehehe =_='' . Aku cuma ingat tarikh birthday aku jak. Kesian kau otak..hmmm

Jadi malam ni, bila aku teman abah aku g tangkap katak(nanti aku citer pasal ni), dan berpeluang melihat bintang- bintang yg bertaburan kat langit. Aku anggap jelah ni hadiah birthday aku untuk tahun ni.Okay what? Sebab memang aku suka tengok bintang dengan bulan pun selama ni.

Bagi aku bulan dan bintang ni kesepian. Lagi-lagi bulan, sebab ada satu ja. Bintang pulak, walaupun kita nampak dia banyak dan ada yg macam rapat tapi padahal bintang tu tersangatlah jauh antara satu sama lain. Dan yang paling sedih bintang-bintang tu, sampai satu tahap, ia akan mati. Itulah cerita bulan dan bintang. Macam aku tak? Hmmm.Aik? Bukan aku nak cerita pasal lain ka tadi...heheeee

Baiklah, ni cerita betul-betul. Pada suatu masa dahulu, lebih kurang 10 tahun yang lalu. Ada seorang budak tertanya -tanya apa bezanya bintang, satelit dan kapal terbang pada waktu malam. Bila dia mula bersekolah dan belajar serba sedikit mengenai ilmu sains. Tapi pertanyaan itu pada asalnya dibiarkan sahaja.

Tapi pada suatu hari, dia terasa begitu kesepian mengenangkan sesuatu, lalu dia melihat keluar jendela rumahnya. Dia ternampak bulan purnama dikelilingi bintang-bintang yang sangat indah dan pada masa yang sama ada bunyi kapal terbang yang kedengaran di telinga dia. Ketika itu juga, dia terfikir, cikgunya pernah berkata banyak satelit yang telah dilepaskan ke angkasa dan kalau kita bernasib baik kita boleh nampak satelit itu waktu malam. Disebabkan itu, dia mula mencari-cari, dan tertanya-tanya. Mana satu bintang? Mana satu satelit? Dan mana satu kapal terbang? Tetapi malam itu, di iringi kesepian dihati, kesunyian di malam hari dan pertanyaan yang tiada kepastian, dia tertidur begitu sahaja. What?! Hahaha

Sejak hari itu, setiap kali dia keluar dengan ayahnya menaiki motosikal pada waktu malam, dia akan dongakkan kepalanya melihat bintang-bintang dan mula mempersoalkan macam mana aku nak bezakan kesemua tu eh? Hmmmm. Sambil tersenyum melihat bintang kegemaran dia, yang bersusun cantik dan agak terang dan mudah dikesan oleh penglihatan dia.

Pada suatu hari, budak tersebuat bertanya hal ini kepada ibunya. Mak, macam mana nak beza bintang, kapai tebang dengan satelit mak? Kata budak itu. Lalu ibunya berkata, kalau kapai terbang, dia bergerak kat atas tu, bintang pulak, dia berkelip-kelip, dan satelit, dia x berkelip. Semenjak hari itu, budak tersebut telah berjaya membezakan antara bintang,kapal.terbang serta satelit. Dan dia berasa begitu berpuas hati.

Sehingga sekarang, apabila dia terpandang langit malam, dia akan tersenyum dan terkenangkan kata-kata ibunya. Pada masa yang sama dia sentiasa melihat satu demi satu cahaya kuning di angkasa dan cuba mencari satelit dan kapal terbang yang terselit di antara bintang-bintang yang sentiasa berada di langit malam.
kalau diperhatikan betul- betul, kita boleh nampak sayap satelit tu.

Pada malam ini, dia berjaya melihat kapal terbang yang merentasi awan lalu hilang apabila naik lagi tinggi dan terbang menjauh. Dia juga berjaya melihat sebuah satelit, yang berada agak kebawah. Tidak pasti satelit apakah itu dan akhir sekali, bintang-bintang yang berkelipan walaupun selepas itu dilitupi awan memandangkan rumput bakal dibasahi air hujan yang turun. Sayangnya, bulan tidak kelihatan, mungkin terlalu awal dia keluar malam ini. Mungkin juga, awan yang melindunginya.

Kesimpulanya, inilah hadiah harijadi buat budak itu. Budak tu, akulah sebenarnya. Dah tahu kan. =_=".hmmm..sadis betul hidup.
@;-BTB# :D

No comments:

Post a Comment