Saturday, April 20, 2013

bicara cinta dalam hati (monolog cinta)

i got this from one of my friends...and i really...really...really.....like it....but i don't know who write it....
so~~~enjoy!



Semalam aku bahagia dengar tawamu
Semalam aku bahagia dengar ceritamu
Terlalau banyak persepsi dan konklusi
Namun itulah aku…tetap redha dan bersyukur dengan apa yg diberi

Bila bertemu denganmu
Sesuatu yang diluar jangkaanku…
Bukan pintaku, bukan juga kemahuanku
Melainkan dengan keizinan Yang Satu

Melodi getaran rahsia mula terbit dari jiwa
Juga bukan pintaku…
Keikhlasan, kesetiaan, kesabaran dan kejujuran
Adalah untukmu di setiap hembus nafasku…
Mengiringi langkahmu….
Kerana hanyamu dihatiku…

Hati dan jiwaku hanyalah satu….
Tak bisa berbagi biarpun seminit waktu
Biarpun kutahu kau sedang mengujiku…
Aku redha andai itu yang ditakdirkan untukku….

Ujian demi ujian ku terima
Ku raih tali kasihMu Allah…berikan ku kekuatan dan kesaabaran
Agar tidak tersungkur di tengah jalan….

Untukmu kasihku…
Aku mohon sepuluh jari
Jgn terlalu menguji
Kerana aku hanyalah manusia biasa yang lemah dan banyak kekurangan dalam diri…
Tidak seperti malaikat ataupun nabi
Yang bisa sempurna dalam semua segi…
Sayapku mudah patah bila diusik, lalu mana mungkin untuk aku terbang lagi

Aku tetap disini, sabar, setia menanti
Biarpun dugaan bersilih ganti…
Cuma padamu sayang…aku pohon
“……lamarlah diri ini untuk diperisterikan dan bukan dijadikan bahan cubaan dalam percintaan…..


***apa yg dtulis sama dengan apa yang aku rasa, thats why i wanna share this :D***
@;-BTB#